Sekadar Gambar Hiasan.
Hari ini, setelah suamiku tiada, aku kembali mengingatinya. Aku malah tidak dapat melupakannya. Aku merasa sangat berdosa ketika teringatkan bagaimana satu hari, suamiku pulang dari tempat kerjanya dan aku men#yambutnya dengan keadaan yang amat marah. Ianya suatu yang tidak sepatutnya. Mengenangkannya aku jadi m#alu sendiri. Aku tidak dapat maafkan diriku yang berkelakuan begitu terhadap seorang suami yang sangat baik. Bukan sekali dua sebaliknya itulah watakku terhadap suamiku. Panas baran, mengherdik, meleter dan memarahi suami adalah kebiasaaanku.
Aku masih ingat betapa aku memarahi suami malah menengkingnya hanya kerana dia lambat pulang untuk membawaku ke rumah ibuku yang mahu berangkat ke tanah suci. Aku sedar, suam#iku pada hari itu – seperti kebiasaaannya lambat pulang kerana urusan kerja. Dan aku pun tidak perlu tergesa-gesa sebab ibuku hanya akan ke tanah suci 5 hari lagi.
Tetapi itulah watak diriku. Aku selalu menempelak suamiku bahawa dia lebih mementingkan kerjanya berbanding diriku sedangkan aku sangat yakin suamiku tidak melakukan apa pun melainkn demi untuk membahagiakan kami sekeluarga. Sepatutnya aku boleh bertolak ansur walaupun aku sudah berjanji dengan ibuku. Inikan suami ku. Dia lebih patut dan wajib aku utamakan dari ibuku!!
Apapun aku sebenarnya dilanda cemburu. Aku bimbang suamiku dipikat oleh wanita lain di tempat kerjanya atau oleh kenalannya atau oleh siapa saja. Ianya berasas kerana sua#miku kacak dan menarik sedangkan aku sendiri terasa sudah mula berusia dan semakin tidak menarik. Wajahku pun bukanlah cantik.
Tapi kini aku tahu. Semua ucapan dan tindakanku selama ini salah dan hanya menjadi penyesalanku karena suamiku telah tiada. Setelah 2 hari kematiannya, seorang rakan kerjanya mengatakan padaku bahawa rupanya suamiku selalu membanggakan aku – isterinya dan anak-anaknya di depan rakan-rakan sekerjanya. Tidak ada yang negatif tentang diriku dan anak-anak melainkan semuanya hal-hal yang baik dan yang sangat dihargainya terhadap keluarganya.
En Ramli, rakan sekerja suamiku itu berkata, “Abang Ha***** sangat positif orangnya. Beliau selalu menyebut bahawa keluarganya adalah suatu yang amat bermakna di dalam hidupnya. Sebab itu kami tengok dia sanggup bersusah payah demi kebahagiaan keluarganya”.
Aku sedar, itulah diri suamiku. Aku memang mengenalinya begitu tetapi aku tidak mampu bermujahadah melawan nafsu. Akibatnya aku selalu menyakitkan hatinya. Ada saja yang aku bebelkan di depannya. Kada#ng-kadang ketika bersama jiran atau di depan keluarga pun, aku masih sanggup mengeluarkan kata-kata yang mengguris hatinya. Teruknya aku!!
Kata En Ramli lagi’ “Abang Ha**** bukan jenis orang biasa. Jiwanya sangat kuat dengan Tuhan. Ibadahnya sangat dijaga. Dia merupakan seorang pemimpin di tempat kerja yang berwibawa. Kata-katan#ya dituruti, pandangannya dan buah fikirannya selalunya tepat dan dapat memberi penyelesaian atas apa saja masalah syarikat. Begitu juga, kami selalu mendapatkan nasihatnya kalau kami menghadapi masalah peribadi atau keluarga”.
Aku pun tertegun, memang aku sepatutnya menghargai suamiku sepenuh hati melebihi orang lain. Tetapi apakan daya. Nasi sudah menjadi bubur. Dia sudah pergi buat selama-lamanya. Aku menahan air mataku kare#na aku tidak ingin menangis di hadapan En Ramli. Aku sedih kerana penyesalanku sudah tidak bermakna.
Jenis isteri apakah aku ini sebenarnya?
Aku sesungguhnya hairan dengan sikap penyabar suamiku. Sabarnya luar biasa. Apa yang aku pasti, suamiku banyak menghabiskan malamnya dengan solat dan menangis. Cuma hatiku yang masih keras. Aku tidak berubah dari terus membentak dan memarahinya. Mungkin jiwaku yang sangat sensitif menjadikan aku tidak berupaya menahan rasa marah kalau hajatku tidak dilayan oleh suami. Pernah den#gan kasar aku menyuruh suamiku membancuh air minumnya sendiri. Aku malas, itulah alasanku.
Sekarang, aku teringat betapa hancurnya perasaan suamiku ketika itu. Tapi dia memang manusia luar biasa. Dia hanya diam saja. Malah sambil tersenyum dia pergi ke dapur me#mbuat teh atau kopi yang dihajatkannya sendiri. Sedangkan aku sendiri sedar, sebagai ketua keluarga, aku tidak sepatutnya melayan suamiku sedemikian.
Aku teringat kerapnya aku memarahi suamiku, dengan hamburan kata-kata bahawa dia selalu menyibukkan diri dengan pekerjaannya – sehingga tidak peduli dengan anak-anak. Namun itu semu#a salah. Ianya hanya sangkaan jahat dari seorang isteri yang jahat sepertiku. Mengejutkan bila En Ramli meninggalkanku dengan beberapa dokumen peribadi suamiku yang ada di dalam laci meja kerjanya. Ketika membacanya, aku tidak dapat menahan tangis.
“Ke hadapan isteriku yang tersayang!
abang telah disahkan mengidap sakit darah tinggi.
Itulah penyebab abang selalu pening dan rasa hendak pitam.
Abang bimbang dengan keadaan abang sebegini…..
apapun kepada Tuhan abang berserah..
Abang akan berusaha menjaga kesihatan.
Apa yang abang ingin sampaikan di dalam catatan ini ialah
abang sangat mencintai sayang. Abang doakan sayang berubah
menjadi isteri yang lebih baik dan solehah.
Perjalanan kita masih panjang dalam mendapatkan kasih sayang Tuhan.
Kita begitu memerlukan Tuhan. Keluh kesah, merungut dan mengeluh
adalah tanda hati kita masih jauh dengan Tuhan.
Sepatutnya sebagai hamba Allah, kita sangat merendah diri
dan tahu untuk bersyukur atas segala nikmat Tuhan kepada kita.
Bersikap redhalah dengan apa jua ketentuanNya.
Itulah kebahagiaan kita yang hakiki.
Sukalah abang nyatakan di sini:
Apapun yang sayang lakukan terhadap abang,
abang telah maafkan. Kalaupun abang tidak dapat berikan semua hajat
dan hasrat yang diminta oleh sayang selama ini, tetapi abang hadiahkan
keampunan dan keredaan dunia akhirat dari abang terhadap sayang.
Jika abang pergi terlebih dahulu, sayang pasti tahu, tidak mudah bertemu
dengan orang seperti abang di dunia ini!
Mohon ampunkan abang dan redhalah dengan apa jua
kelemahan serta kekurangan abang!! – suamimu Abdul **** Bin Haji Abdul *****.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!! Aku hanya mampu membiarkan air mataku mengalir semahu-mahunya. Aku menyesal tapi apakah lagi yang mampu aku berbuat melainkan sebanyak-banyaknya meminta ampun dengan Allah swt. Tidak ada lagi kebahagiaan atau keceriaan di dalam hidup#ku kini dan selamanya. Moga Tuhan ampunkan aku dan moga benar-benarlah aku berpeluang mendapat redha suamiku.
Akhirnya aku berpesan kepada anda semua para isteri dan para suami;
Untuk para suami, Jadilah seperti suamiku! Teruslah bersabar dengan karenah isteri. Kami memang dilahirkan tidak sempurna. Watak kami lemah dan mudah tunduk dengan godaan nafs#u dan syaitan. Jiwa kami mudah mengalah dengan kesempitan dan kesulitan walaupun ramai wanita pilihan yang berjaya menjadi wanita solehah atau wanita contoh. Kami hanya orang biasa. Sukarnya kami untuk merendah diri.
Ampunkanlah kami dan teruslah pimpin kami. Didiklah kami dengan iman dan Islam. Bantulah kami untuk merasai kebesaran Allah swt. Kami perlukan suami yang tidak mudah putus asa dalam mendidik kami. Kami akan sanggup bersusah payah untuk membahagiakan suami jika nafsu kami berjaya dijinakkan oleh suami. Jadilah mod#el seperti suamiku di dalam rumah tangga kami (walaup#un aku sendiri tidak menghargainya sepanjang hidupnya) dan….. memang benar kata-kata suamiku, aku memang sukar mencari seorang lelaki sehebatnya di dunia ini!!
Untuk para isteri, berubahlah apabila anda membaca kisah sedih aku ini. Kita para isteri yang kurang ajar dan menderhakai suami kita memang patut menerima keperitan dan kesakitan. Tuhan pasti aka#n menghukum kita dengan berbagai cara. Yang pastinya ianya perit untuk kita tanggung jika kita belum mampu mendidik nafsu kita.
Bayangkan hukuman Tuhan di dalam kubur dan di akhirat!! Bagi yang masih ada suami, jadikanlah suami anda benar-benar sebagai pemimpin anda. Jadik#an beliau tempat anda merujuk dan bertanyakan panduan serta meminta pimpinan. Buanglah ego sejauh-jauhnya untuk tunduk berkhidmat setulus hati terhadap suami a#nda. Banggalah dengan suami anda kerana itulah jodoh yang telah disusun Tuhan untuk anda. Terimalah suami seadanya. Mungkin dia ada kelemahan tetapi kelemahan kita sebagai isteri berganda-ganda lagi banyaknya.
Jadikanlah suami sebagai jambatan mendapatkan Tuhan menuju keselamatan dunia dan akhirat. Aku sebenarnya malu menyampaikan nasihat ini tetapi ak#u rasa didorong-dorong untuk menulis#kan sebagai tatapan orang lain. Semoga penyesalanku menjadi iktibar untuk orang lain. Tuhan ampunkanlah aku!!!!
Sumber : Kisah Duniawi
No comments:
Post a Comment