Saturday, September 16, 2017

Kebakaran Tahfidz Keramat Ujung, Sangat Menyedihkan Apabila Lebih 20 Nyawa Pelajar Pusat Tahfiz Terkorban.

Tragedi Berulang

KEBAKARAN terbaru yang melibatkan pusat tahfiz di Jalan keramat Ujung


KUALA LUMPUR: Kebakaran yang meragut lebih 20 nyawa pelajar dan tenaga pengajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi ibarat mengulangi tragedi yang pernah berlaku hampir tiga dekad lalu di Padang Lumat, Yan, Kedah.



Dalam tragedi 22 September 1989 itu, seramai 27 pelajar Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah atau dikenali Pondok Pak Ya terkorban selepas asrama menempatkan pelajar terbabit terbakar.



Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu dipercayai berpunca daripada lilin di ruang bilik asrama yang terjatuh sehingga mengakibatkan berlakunya kebakaran.

Akibat kebakaran itu sebanyak lapan blok asrama yang dibina daripada papan musnah dijilat api.

Susulan kejadian itu, semua 27 mangsa yang terkorban dikebumikan di satu perkuburan khas berhampiran lokasi kejadian.



Kebakaran Maahad Tahfiz dan sekolah pondok

4 Mac 2016
Dua bangunan menempatkan sebuah pusat tahfiz musnah dalam kebakaran di
Kampung Seri Pandan, Petagas, Penampang, Sabah.


14 Februari 2016
Dua blok bangunan asrama Sekolah Menengah Agama (SMA) As-Siddiqiah, Padang Kerasah, Kuala Nerang, Kedah musnah dalam kebakaran dengan nilai kerugian dianggar
mencecah RM1 juta.


18 Januari 2016

Sebuah asrama sekolah pondok Madrasah Tahfiz Al-Redzuan di Kampung Dato Haji Ahmad Rozali, Dengkil, Sepang, musnah dalam kebakaran.


8 Ogos 2015

Seramai 25 pelajar Sekolah Maahad Tahfiz Jamiul Hasanah di Tanjung Karang, Selangor tinggal sehelai sepinggang selepas bangunan dua tingkat menempatkan asrama dan sekolah terbakar, dipercayai akibat litar pintas.

15 Jun 2013

Seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Baraqah di Tikam Batu, Sungai Petani rentung selepas terperangkap dalam kebakaran asrama maahad berkenaan.

22 September 1989

Seramai 27 pelajar terbunuh selepas Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah atau 'Pondok Pak Ya' di Guar Chempedak, Kedah terbakar.



Promosi New Design
Minyak Lintah Tradisi Gunung Asli




Minyak Lintah Tradisi Gunung Asli
Mampu Tambah Saiz, Besar, Keras
Panjang & Tahan Lebih Lebih Lama

LIKE & SHARE
fb.com/mltgaoilplus.my


AGEN DIPERLUKAN <
Dapatkan Segera Disini ;
Cara Order < MLTGA > htr Ke 016-2563986
ATAU Sila click Link 

No comments:

Post a Comment