Wednesday, May 30, 2018

Selepas Pegawai keselamatan Najib ditarik balik, Dr Mahathir akhirnya dedah sebab sebenar….


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini ditanya mengenai khidmat pegawai keselamatan dan pengiring kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah ditarik balik oleh kerajaan.

Mahathir pada mulanya mengatakan beliau tidak tahu bahawa khidmat mereka telah ditarik balik, namun kemudian mengatakan bekas perdana menteri itu kini sedang disiasat pihak berkuasa.

“Jadi dia tidak mewakili perdana menteri yang lalu.

“Tetapi jika dia didapati tidak bersalah, maka dia akan mendapat layanan yang sama seperti (bekas) perdana menteri yang lain,” kata Mahathir kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dengan anggota polis di Bukit Aman hari ini.

Dalam kenyataan di halaman Facebook pada malam ini, Najib berkata khidmat pegawai dan pengiring keselamatannya telah ditarik balik oleh kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang baru.


Mereka terdiri daripada kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas dan pegawai lain yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan terhadapnya di Pejabat Perdana Menteri serta di kediaman rasmi Seri Perdana.

Najib turut berkongsikan gambar beliau memberikan tabik hormat kepada mereka dan perpisahan penuh emosi itu di laman Facebooknya.

Semasa dalam pembangkang, Mahathir juga mengadu kerajaan BN di bawah pimpinan Najib telah menarik balik khidmat pengawal peribadinya.

sumber: malaysiakini


Sponsor By : MLTGA Oil Plus

Sebelum ini..

Semua Pengawal Pengiring & UTK Najib Ditarik Yang Buat Beliau Sebak

KUALA LUMPUR – Semua pegawai keselamatan, polis pengiring dan pegawai bantuan ditugaskan mengawal bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditarik balik.

Najib menerusi hantaran di Facebooknya menulis, hari ini beliau membalas tabik hormat dan mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas, polis pengiring dan pegawai, yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan dan bantuan kepadanya dan keluarga sama ada di Pejabat Perdana Menteri serta di kediaman rasmi Seri Perdana.



“Sejak beberapa minggu ini, kesemua pegawai keselamatan, polis pengiring serta pegawai bantuan yang ditugaskan kepada saya sudah ditarik balik oleh kerajaan baharu kecuali seorang pegawai ADC (Aide De Camp).

“Tak dapat dinafikan, mereka berselubung emosi dan ada yang menitiskan air mata ketika kami berlafaz kata perpisahan. Saya dan keluarga tidak akan lupakan jasa, persahabatan dan kesetiaan mereka sepanjang sembilan tahun ini, termasuk mereka yang sudah berjasa kepada kami selama 14 tahun semasa saya masih Timbalan Perdana Menteri,” tulisnya.

Beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada pegawai-pegawai keselamatan berkenaan.

Najib kembali pada 7.48 petang tanpa polis pengiring.
“Sehingga kita bertemu lagi, saya ucapkan kepada mereka selamat maju jaya dan berharap mereka akan terus berkhidmat kepada kerajaan baharu dengan dedikasi dan kesetiaan yang sama ketika bersama saya.



“Saya juga mohon kerajaan baharu supaya sentiasa menjaga kebajikan mereka kerana mereka adalah anggota dan pegawai berdedikasi yang akan berkhidmat kepada kerajaan hari ini dengan penuh kesetiaan,” katanya.

Pada jam 6.45 petang tadi, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor keluar dari kediaman mereka di Langgak Duta masih diiringi polis namun, apabila kembali semula pada 7.48 petang tanpa polis pengiring.


Najib kini berdepan dengan siasatan berkaitan penyelewengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

No comments:

Post a Comment